Kilang Sawit Liquid Palm Miller (LPM) telah melancarkan peningkatan kapasiti pemprosesan dari 45 ton sejam kepada 90 ton sejam secara rasminya pada hari ini. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh YB Mohamad Nasriff bin Daud, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan, dan Keusahawanan Negeri Kelantan pada pagi tadi bertempat di Kilang Sawit Liquid Palm Miller.

Kilang Sawit Liquid Palm Miller dimiliki oleh Liquid Palm Miller Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kumpulan iKHASAS yang diambil alih pada tahun 2020. Kerja-kerja menaik taraf pemprosesan kapasiti telah bermula sejak tahun 2022 dan siap pada pertengahan tahun 2024. Dengan peningkatan pemprosesan kapasiti kepada 90 ton sejam, Kilang Sawit LPM kini memegang gelaran "Kilang Sawit dengan Kapasiti Pemprosesan Terbesar di Negeri Kelantan".

Kumpulan iKHASAS juga sedang mempertimbangkan negara-negara yang sedang berkembang dan memiliki permintaan tinggi terhadap minyak kelapa sawit untuk memperluas jangkauan eksport.


Back

Address

No. 2A, Jalan BP4/6,
​​​​​​​Bandar Bukit Puchong,
47120 Puchong, Selangor D.E., Malaysia.