DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan perasmian hotel Ibis Styles Sepang KLIA di Sepang.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengerusi iSY Hotel Sdn Bhd, YBhg. Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir.

Turut berangkat ke majlis ini, KDPB Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDPB Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terletak 1.2 kilometer dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ibis Styles dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk gimnasium, spa, kolam renang, ruang kerja bersama, serta dewan serbaguna.


Back

Address

No. 2A, Jalan BP4/6,
​​​​​​​Bandar Bukit Puchong,
47120 Puchong, Selangor D.E., Malaysia.