Nov 2021 - Pembinaan Terowong Air Berkembar Pertama Malaysia oleh iINFRA Sdn Bhd.

HULU LANGAT, 29 October 2021 - Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Datuk Seri Hasan Arifin telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 bagi Pakej 6A, iaitu membina dan menyiapkan terowong koridor utara yang membekalkan air terawat dari kolam air imbangan Hulu Langat ke kolam air Ampang.

Projek ini telah dianugerahkan oleh Pemaju – Pengurusan Aset Air Berhad kepada pihak iINFRA Sdn. Bhd. yang merupakan ahli bersekutu Kumpulan Ikhasas.

Pakej 6A ini adalah sebahagian daripada Projek LRA Langat 2 iaitu membina Terowong Koridor Utara yang membabitkan kerja-kerja penyaluran air terawat. Ia merupakan terowong pertama di Malaysia yang mempunyai dua fungsi iaitu mengagihkan air dan juga sebagai tempat simpanan air atau ‘reservoir’.

Hadir sama sewaktu majlis berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, En. Abdul Hadi Ali, Pengarah Urusan iINFRA Sdn Bhd, Y.M Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi dan Pengarah Urusan Kumpulan Ikhasas, Ir. Tan Chee Kian.


Back

Address

No. 2A, Jalan BP4/6,
​​​​​​​Bandar Bukit Puchong,
47120 Puchong, Selangor D.E., Malaysia.